Tuesday, February 25, 2014

Resipi: Spagethi Bolognise

Assalamualaikum...Hai semua...aku nak kongsi salah  satu resipi favorite aku...spagethi bolognie..
semua org ada cara masak yg trsendiri kan....ada yang beli siap dah sos dia balik main campak je kan...tapi aku nie memang suka buat yg sendiri nya..jomm check bahan2 n cara2.. sos bolognise

Bahan2:
- 1 tin tomato puree (jenama apa pun boleh..tp heinz yg seap)
- 1 tin sup cendawan (campbell)
- 2 paket daging cincang (1 paket 400gm)
- 10 ulas bawang putih (potong dadu)
- 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
- 1 batang karrot (potong dadu)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 1 sudu teh oregano powder (ala ikut tgn je buh pun blh)
- 2 sudu besar mayonis (yg nie yg menyedap)
- 5 keping cheese (aku pakai chedar chese kalu nk murah..tp klu nk pakai mozarella lg sedap)
- Garam ikut sesedap rasa


Cara-caranya:
Mula-mula panaskan periuk, tuang minyak kedalam periuk ( kalu minyak ollive lg sedap kalu x da minyak sawit pun blh), bila minyak dah panas masukkan bawang putih yg dipotong dadu tadi. Tumis sampai bawang kekuingan masukkan daging cincang semua sekali...kacau dan masukkan karrot dan tomato  yg dipotong dadu sekali...boleh masukkan oregano time nie..kacau dan biar seketika(selalunya aku  tambah sedikit air(air yg duk rebus spagethi) dalam dua senduk nk bg lmbt daging)...bila warna daging dh berubah dan nampak  ok masukkan tomato puree,sup cendwan dan kacau...selalu nya bila kita tuang dari tinn akan da yg lebih duk melekat kat tin buh air rebus spagethi tu dalam tin n tuang balik dlm periuk...buh air sikit je la...dan kacau sampai sebati...sambil tu boleh la dah masukkan mayonis,cheese,cendawan butang dan garam....kacau sampai sebati...biar mendidih n tutup api boleh la hidang....siap...senang kan...

Tips: rebus spagethi tu dalam 4-5 minit pun dah ok...kalu bagi sapa yg rasa cam peka sgt kuah nie..blh ja tambah air sikit...guna je air rebus spagethi tu...

so selamat mencuba semua...kalu jadi share tak  jadi pun share la...kalu ada yg membaca la kan....



Muhammad Qayyum Al Fateh

Assalamualaikum....
               Hai buat yang membaca blog aku nie...ada ke...hehehehe...lamanye la tak menulis..
herm hari nie aku nak kenalkan ahli keluarga aku yang baru...my nephew..
Muhammad Qayyum AlFateh bin Mohd Arif...18 Jan 2014....01.20 PM...3.9kg

herm prince fateh nie kegembiraan terbaru dalam hidup aku...seronok bertambah  ahli keluarga...kakak fateh as u al know...saffiya sejak dapat adik nie perangai menjadi nakal...bukan apa...she want attention from us...ye la dia rasa mcm kurang kasih sayang sikit...kesian kat fateh terpkasa la mengalah dengan kakak dia...comel betul diorang dua nie...hehehe....Fateh nie pun dah pandai skarang...kalu sehari aku tak p tgk dia mula la merajuk...x nk tgk mk...buat tak tau...tp kalu pegi tgk dia pagi2...herm gelak mengekek... ok la nk share pic dia n kakak dia yg terbaru...



















Untuk info korang nama Al-fateh diambil sempena nama raja Muhammad al-fatih:

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.
 
Jadi doaku buat anak sedaraku Al-fateh...semoga menjadi seperti raja al-fatih yang warak dan tawaduk.....berjuang dalam islam untuk menuju ke  akhirat.....Amin...