Assalamualaikum....
Hai buat yang membaca blog aku nie...ada ke...hehehehe...lamanye la tak menulis..
herm hari nie aku nak kenalkan ahli keluarga aku yang baru...my nephew..
Muhammad Qayyum AlFateh bin Mohd Arif...18 Jan 2014....01.20 PM...3.9kg
Untuk info korang nama Al-fateh diambil sempena nama raja Muhammad al-fatih:
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
“ |
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang
menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah
sebaik-baik tentera. |
” |
0 comments:
Post a Comment