Wednesday, April 4, 2012

Resipi: Chocolate Tiramisu

PERSAHABATAN
Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang.


Assalamualaikum u alls.....wa sejak akhir2 nie busy la plak...bukan pe sejak my boss p cuti bersalin...aku terpaksa la membantu pa yg patutkan....herm hari nie tb2 aku jadi baik hati...aku nak share dgn korang semua satu resipi...Resipi nie aku amik kat nona...selamat mencuba yer....

Chocolate Tiramisu Cups


Bahan-bahan:
Untuk kastad coklat (chocolate custard):
1 tin susu cair
1 kuning telur
2 sudu besar tepung kastad
200gm coklat masakan (cooking chocolate),
20gm coklat pahit manis (bittersweet chocolate),dipotong kecil
Untuk krim mascarpone:
250gm keju mascarpone
200ml double cream/whipping cream
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar air kopi pekat, disejukkan
Untuk lapisan biskut & hiasan:
1 pek jejari biskut Savioardi / biscuit fingers, dipotong kecil
1 cawan kopi pekat( 1cawan air panas + 1 ½ sudu besar kopi segera tanpa susu), disejukkan
Beberapa cawan plastik (sebagai bekas hidangan)
100 gm chocolate chips

Cara membuatnya:
Membuat kastad coklat
1.       Untuk membuat kastad coklat, masukkan susu cair, kuning telur dan tepung kastad kedalam mangkuk tahan panas. Pukul adunan inisehingga sebati dengan menggunakan ‘whisk’.
2.       Letakkan mangkuk adunan di atas periuk berisi air mendidih di atas api sederhana. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi panas dan mula memekat.
3.       Selepas adunan cukup pekat, angkat mangkuk dari atas periuk. Kemudian, masukkan cokelat masakan dan coklat pahit manis. Kacau sehingga cokelat mencair dan bergabung dalam adunan dengan rata. Sejukkan kastad kepada suhu bilik.
Membuat krim
1.       Dalam satu bekas, dengan menggunakan mesin pengaduntangan (‘hand-mixer’), pukul keju mascarpone dengan gula aising sehingga rata.
2.       Dalam satu bekas yang lain, dengan menggunakan hand-mixer, pukul whipping cream sehingga pekat dan menunjukkan ‘soft peaks’ bila hand mixer tersebut di angkat.
3.       Dengan menggunakan spatula, masuk kan adunan whipping cream kedalam adunan keju mascarpone tadi, dangaul rata.
4.       Masukkan 2 sudu besar air kopi pekat kedalam adunan ini, dan gaul rata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Cara menghidang:
1.       Tuang 2 sudu adunan kastad cokelat kedalam cawan hidangan.
2.       Ambil potongan biskut, celup separuh di dalam air kopi. Susun kan satu lapisan biskut di atas adunan kastad coklat tadi.
3.       Tuang 2 sudu adunan krim mascarpone ke atas lapisan biskut tadi.
4.       Ulang langkah 1 hingga 3, dan diakhiri dengan lapisan kastad coklat. Taburkan chocolate chips.
5.       Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidangkan.


Get this widget

0 comments: