Thursday, April 5, 2012
Fashion....Moden tapi Muslimah
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]
Ini Adalah Cita-cita ku..
Sekarang nie ini adalah cita-cita ku, aku nak hidup dalam keadan yang sentiasa di redhai Allah..
bukan setakat dengan pakaian dan tudung yang labuh tapi aku juga nak berubah menjadi insan yang sifat dan akhlak nya baik...ini adalah impian dan harapan aku...sebab tak semesti tutup aurat je semuanya ah sempurnakan...cara hidup kita tu mesti la ikut islam juga...aku memang seorang yang tak sempurna...tapi aku akan cuba untuk merubah cara ku...aku juga tak nak lah terlalu kuno sangat aku nak jadi muslimah yang pandai berfashion...tapi bukan lah fashion yang merapu kan...cuma kalu kita lebih terbuka maksudnya pakai tudung labuh tapi dengan baju yang cantik dan fashionable aku rasa boleh menarik rasa minat kawan2 yang pakai tudung tap tak tutup aurat kan sbb pakaian yang cantik n feminin nie lebih kepada orang yang tak bertudung.. tp cuba kita tangok sekarang nie fashion muslimah yang cantik2 macam oki sentina dewi..haliza af, aida kalidha...adah pun membuktikan yang walau bertudung tapi masih boleh berfesyen...kat sini aku ada sdiakan sikit pic2 fesyen muslimah...
Terbaru...aku dan sahabat baik ku yang terbaru atiqah...kami sedang berusaha untuk membuka bisness...kami bercadang buka butik pakaian muslimah dan tudung labuh ala2 ariani,dehaja,fareeeda....mengikut cita rasa sendiri...sebab aku tgk sekarang nie tudung cantik2 tapi sinkat kan...serta kami ingin memberi perubahan dalam fesyen tudung labuh.. ye la kan kalau kita tengok orang yang pakai tudung labuh nie semua macam nak sama ja...skarang nie menag dah ada syarikat2 yang buat tudung labuh bercorak...tapi tak banyak...so aku n tiqah nak cuba masuk dalam industri nie...kami juga nak ubah pendapatan keluarg kan....bukan apa aku dengan tiqah nie berkongsi minat yang sama...aku juga dapat rasa keserasian antara kami.... dia juga banyak merubah aku...
Ya Allah, Ya tuhan ku... Kau ampunilah dosa-dosa kami, Kau ampunilah dosa kedua ibu dan bapa kami, Kau berkatilah hidup kami, Kau restuilah segala yang kami rancang, Kau berilah hidayah Mu kepada kami, Kau ubah lah cara hidup kami supaya kami hidup dalam Keredhaan Mu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim...Kau Bantulah kami dalam mencapai cita-cita kami, Kau berilah kejayaan kepada kami, sesunguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Mengampuni...Kau Redhailah kami....AMin Ya Rabbal Alamin....
P/S: Apa yang aku tulis disini bukan untuk bersikap riak atau takbur..cuma ingin berkongsi supaya yang membaca dapat mengAmin kan doa aku...Sesunguh yang baik dari Allah...yang buruk dan silap semua datang aku sendiri....Ampun dan maaf andai ada kesilapan....
(Pic2 Nie Ehsan Google Picture)
Posted by Nadwah Latif at 11:34 AM 1 comments
Labels: Begining
Wednesday, April 4, 2012
Resipi: Chocolate Tiramisu
PERSAHABATAN
Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang.
Assalamualaikum u alls.....wa sejak akhir2 nie busy la plak...bukan pe sejak my boss p cuti bersalin...aku terpaksa la membantu pa yg patutkan....herm hari nie tb2 aku jadi baik hati...aku nak share dgn korang semua satu resipi...Resipi nie aku amik kat nona...selamat mencuba yer....
Chocolate Tiramisu Cups |
Bahan-bahan:
Untuk kastad coklat (chocolate custard):
1 tin susu cair
1 kuning telur
2 sudu besar tepung kastad
200gm coklat masakan (cooking chocolate),
20gm coklat pahit manis (bittersweet chocolate),dipotong kecil
Untuk krim mascarpone:
250gm keju mascarpone
200ml double cream/whipping cream
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar air kopi pekat, disejukkan
Untuk lapisan biskut & hiasan:
1 pek jejari biskut Savioardi / biscuit fingers, dipotong kecil
1 cawan kopi pekat( 1cawan air panas + 1 ½ sudu besar kopi segera tanpa susu), disejukkan
Beberapa cawan plastik (sebagai bekas hidangan)
100 gm chocolate chips
Cara membuatnya:
Membuat kastad coklat
1. Untuk membuat kastad coklat, masukkan susu cair, kuning telur dan tepung kastad kedalam mangkuk tahan panas. Pukul adunan inisehingga sebati dengan menggunakan ‘whisk’.
2. Letakkan mangkuk adunan di atas periuk berisi air mendidih di atas api sederhana. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi panas dan mula memekat.
3. Selepas adunan cukup pekat, angkat mangkuk dari atas periuk. Kemudian, masukkan cokelat masakan dan coklat pahit manis. Kacau sehingga cokelat mencair dan bergabung dalam adunan dengan rata. Sejukkan kastad kepada suhu bilik.
Membuat krim
1. Dalam satu bekas, dengan menggunakan mesin pengaduntangan (‘hand-mixer’), pukul keju mascarpone dengan gula aising sehingga rata.
2. Dalam satu bekas yang lain, dengan menggunakan hand-mixer, pukul whipping cream sehingga pekat dan menunjukkan ‘soft peaks’ bila hand mixer tersebut di angkat.
3. Dengan menggunakan spatula, masuk kan adunan whipping cream kedalam adunan keju mascarpone tadi, dangaul rata.
4. Masukkan 2 sudu besar air kopi pekat kedalam adunan ini, dan gaul rata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Cara menghidang:
1. Tuang 2 sudu adunan kastad cokelat kedalam cawan hidangan.
2. Ambil potongan biskut, celup separuh di dalam air kopi. Susun kan satu lapisan biskut di atas adunan kastad coklat tadi.
3. Tuang 2 sudu adunan krim mascarpone ke atas lapisan biskut tadi.
4. Ulang langkah 1 hingga 3, dan diakhiri dengan lapisan kastad coklat. Taburkan chocolate chips.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidangkan.
Posted by Nadwah Latif at 3:21 PM 0 comments
Labels: Resipi
Subscribe to:
Posts (Atom)